Images
  • asiana airlines
    Gambar fail Asiana Airlines. (Gambar: Reuters)

Asiana Airlines guna pesawat lebih kecil bagi laluan penerbangan Jepun

SEOUL: Asiana Airlines mengumumkan rancangan untuk menggunakan pesawat lebih kecil bagi beberapa laluan penerbangannya ke Jepun.

Syarikat penerbangan Korea Selatan itu mengumumkan demikian, di tengah-tengah permintaan yang kian merosot disebabkan ketegangan dua hala yang bertambah buruk.

Asiana Airlines menyatakan, ia akan menggunakan pesawat lebih kecil bagi penerbangan ke Osaka, Fukuoka dan Okinawa mulai bulan September.

Buat masa ini, Asiana Airlines tidak mempunyai rancangan untuk menghentikan sebarang penerbangan ke Jepun tetapi ia sedang memantau keadaan.

Berita itu diumumkan sehari selepas syarikat penerbangan Korean Air menyatakan ia akan menggantung penerbangan antara Busan dengan Sapporo mulai 3 September, atas sebab serupa.

Korean Air juga menimbangkan untuk mengurangkan jumlah penerbangan antara Korea Selatan dengan bandar-bandar Jepun yang lain, ataupun menggunakan pesawat lebih kecil mulai pertengahan Ogos. 

- CNA/AI/ur

Top