Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

ASEAN, China boleh dalami kerjasama dalam pendigitalan, kemampanan, dagangan: Heng Swee Keat

Pendigitalan, kemampanan dan perdagangan adalah bidang-bidang yang mana ASEAN dan China boleh menjalin kerjasama lebih mendalam. Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian di Forum Global FutureChina hari ini (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2021 06:56PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 09:04PM

SINGAPURA: Pendigitalan, kemampanan dan perdagangan adalah bidang-bidang yang mana ASEAN dan China boleh menjalin kerjasama lebih mendalam.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian di Forum Global FutureChina hari ini (12 Jul).

Beliau berkata cabaran terbesar adalah persaingan strategik antara Amerika Syarikat dengan China.

Encik Heng menegaskan sistem perdagangan terbuka dan berasaskan undang-undang memberi manfaat kepada semua pihak.

ASEAN, katanya, tidak dijangka merubah haluan persaingan strategik antara Amerika Syarikat dengan China tetapi pertubuhan itu perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan rantau ini kekal terbuka dan inklusif.

Selain itu Encik Heng menekankan persoalannya bukan kepada siapa ASEAN berpihak.

ASEAN perlu membuat keputusan demi kepentingan dan kebaikan rakyatnya.  

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan