Images
  • f
    (Gambar: AFP)

AS dan Kanada setuju gugurkan cukai ke atas keluli dan aluminium yang diimport

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Kanada bersetuju untuk menggugurkan cukai ke atas keluli dan aluminium yang diimport. Ini sekaligus membuka laluan kepada satu perjanjian dagangan Amerika Utara yang baru.

Cukai itu sudah melengahkan pelaksanaan perjanjian tersebut.

Namun, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata beliau sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan, yang turut melibatkan Mexico.

Menurut seorang pegawai Kementerian Luar Mexico, perjanjian berhubung import keluli antara Amerika Syarikat dengan Kanada akan membuka laluan kepada perjanjian dagangan yang baru itu. 

- AFP/NA/na

Top