Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AS dakwa Huawei curi teknologi, langgar sekatan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarkat pada Isnin (28 Jan) mendedahkan beberapa tuduhan terhadap syarikat telekomunikasi China, Huawei bagi dua kes yang besar kemungkinan akan meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara kuasa besar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jan 2019 08:38AM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 12:43AM

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarkat pada Isnin (28 Jan) mendedahkan beberapa tuduhan terhadap syarikat telekomunikasi China, Huawei bagi dua kes yang besar kemungkinan akan meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara kuasa besar itu. Ia termasuk seorang pegawai eksekutif kanan yang ditahan di Kanada atas waran tangkapan Amerika Syarikat.

Jabatan itu mendedahkan 13 tuduhan terhadap ketua pegawai kewangan Meng Wanzhou - anak perempuan pengasas syarikat Huawei yang kini diikat jamin di Kanada - dan tiga orang lain yang melanggar sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Kes berhubung Cik Meng mencetuskan krisis besar antara Ottawa dengan Beijing.

Selain itu, 10 tuduhan federal difailkan terhadap dua individu yang mempunyai kaitan dengan Huawei kerana mencuri teknologi robot daripada T-Mobile.

"Kedua-dua set tuduhan mendedahkan perbuatan Huawei yang berani dan berulang kali mengeksploitasi syarikat-syarikat Amerika dan institusi kewangan. Ia juga mengancam pasaran antarabangsa yang bebas dan adil," menurut Pengarah FBI Christopher Wray.

Meng - yang diberkas di Vancouver pada 1 Dis atas permintaan Washington dijangka akan menentang diekstradisi ke Amerika Syarikat. Kanada menghadapi tekanan dari China, setelah dua warganya ditahan Beijing yang dilihat sebagai tindak balas terhadap penangkapan Meng.

Menurut pemangku Peguam Negara Amerika Syarikat Matthew Whitaker, permintaan agar Meng dihantar ke Amerika Syarikat akan dikirimkan menjelang 30 Jan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan