Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Arnold's buka cawangan keenam di Kelab Masyarakat Tampines West

Ini berita baik bagi para penduduk Tampines! Tidak lama lagi, anda hanya perlu 'jalan kaki' saja untuk menikmati ayam goreng rangup Arnold's.

Anggaran Waktu Membaca:
Arnold's buka cawangan keenam di Kelab Masyarakat Tampines West

Kerja-kerja ubah elok bagi cawangan keenam Arnold's sudahpun mula dijalankan. (Gambar: Kelab Masyarakat Tampines West/Facebook)

SINGAPURA: Ini berita baik bagi para penduduk Tampines! Tidak lama lagi, anda hanya perlu 'jalan kaki' saja untuk menikmati ayam goreng rangup Arnold's.

Rangkaian makanan segera halal itu akan membuka cawangan terbarunya di Kelab Masyarakat Tampines West (TWCC).

Berita ini disahkan dan disampaikan sendiri oleh kelab masyarakat itu menerusi catatan Facebooknya pada Isnin (7 Okt).

(Gambar: Arnold's Fried Chicken (S) Pte Ltd/Facebook)

(Gambar: Arnold's Fried Chicken (S) Pte Ltd/Facebook)

"Salah satu rangkaian makanan segera pertama yang menawarkan menu halal di Singapura akan menyertai keluarga #TWCC," menurut kelab masyarakat berkenaan.

Tarikh mula operasi di kelab masyarakat tersebut bagaimanapun belum diumumkan. Namun, kerja-kerja ubah elok sudahpun mula dijalankan.

Cawangan keenam Arnold's itu akan dibuka di tingkat dua.

Arnold's sejauh ini mempunyai lima cawangan di Singapura iaitu di Yishun, Hougang, Bedok, Geylang dan Jurong.

Cawangannya di Yishun baru sahaja dibuka semula pada hujung minggu lalu setelah ditutup sekitar dua minggu bagi kerja-kerja naik taraf.

Pihak Arnold's belum memberikan sebarang butiran lanjut tentang cawangan terbarunya tetapi TWCC sudah memaklumkan para penggemar rangkaian makanan segera itu bahawa pihaknya akan membuat pemberitahuan apabila kerja-kerja ubah elok hampir selesai dijalankan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan