Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Arab Saudi umum sasaran pelaburan asing AS$425 bilion

Arab Saudi menyasarkan matlamat menarik pelaburan asing berjumlah AS$425 bilion (S$575 bilion) sedang negara itu cuba mempelbagaikan ekonominya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jan 2019 10:34PM Dikemas Kini : 28 Jan 2019 10:40PM

RIYADH: Arab Saudi menyasarkan matlamat menarik pelaburan asing berjumlah AS$425 bilion (S$575 bilion) sedang negara itu cuba mempelbagaikan ekonominya.

Riyadh hari ini (28 Jan) mengumumkan program prasarana dan perusahaan bersejarah itu, yang bakal menyalurkan pelaburan asing ke dalam Program Pembangunan Perusahaan Saudi di bawah Visi 2030 Raja Salman.

Program tersebut menawarkan peluang pelaburan dalam sektor daya tenaga, perusahaan, perlombongan dan logistik.

Kerajaan Saudi juga akan memperuntukkan AS$27 bilion (S$36.5 bilion) sebagai sebahagian daripada program pembangunan perusahaannya.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan