Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple turunkan unjuran, jangka 'cabaran' di China dan pasaran baru

Apple merendahkan unjuran pendapatannya bagi suku terakhir 2018 pada Rabu (2 Jan), sambil merujuk kepada "kemerosotan ekonomi" luar jangkaan di China dan pasaran-pasaran baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2019 12:04PM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 11:10PM

SAN FRANCISCO: Apple merendahkan unjuran pendapatannya bagi suku terakhir 2018 pada Rabu (2 Jan), sambil merujuk kepada "kemerosotan ekonomi" luar jangkaan di China dan pasaran-pasaran baru.

Amaran yang dikeluarkan Apple itu seolah-olah menggambarkan penjualan iPhone dan peranti lain yang lebih lemah daripada yang dijangkakan, dengan sebahagiannya disebabkan oleh pergeseran antara Washington dengan Beijing.

Menyusuli pengumuman itu, saham Apple turun sedikit, iaitu sekitar 7.6 peratus.

Syarikat itu menurunkan unjuran pendapatannya bagi suku pertama tahun kewangan 2019, yang berakhir 29 Disember kepada AS$84 bilion (S$114.7 bilion) - lebih rendah daripada ramalan purata para penganalisis yang menjangkakan AS$91 bilion (S$124.2 bilion).

"Walaupun kami menjangkakan beberapa cabaran dalam pasaran baru, kami tidak meramalkan kemerosotan ekonomi yang sungguh ketara, terutama di Greater China," kata Ketua Eksekutif Apple Tim Cook dalam suratnya kepada para pelabur.

"Kami percaya persekitaran ekonomi di China telah dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan yang kian memuncak dengan Amerika Syarikat."

Apple menjadi sasaran sentimen nasionalis menyusuli penangkapan ketua pegawai kewangan Huawei di Kanada atas permintaan Amerika Syarikat, berhubung dakwaan mencabuli sekatan yang dikenakan ke atas Iran.

Meng Wanzhou ditahan di Kanada pada 1 Disember atas permintaan Amerika Syarikat berkaitan dengan perjanjian yang mencabuli sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap Iran.

Pemerintah China mengutuk penangkapan itu dan menuntut pembebasannya.

Apple turut menjadi sasaran sesetengah netizen dan syarikat China.

"Apabila Amerika Syarikat menangkap anak perempuan pengasas Huawei, pemerintah China menjadikan Apple sebagai sasarannya, penjualan kami turut terjejas," kata penganalisis teknologi bebas, Rob Enderle kepada AFP.

"Ini lebih berunsur politik daripada perlaksanaan dasar-dasar Apple sendiri."

Encik Cook bagaimanapun bertegas bahawa terdapat beberapa pasaran baik bagi Apple di bahagian-bahagian lain dunia dan syarikat itu menjangkakan "pendapatan yang mencatat rekod di beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Itali, Sepanyol, Belanda dan Korea (Selatan)."

Beliau menambah bahawa Apple menunjukkan prestasi baik di beberapa pasaran baru dan mungkin akan menyaksikan pendapatan paras rekod di Malaysia, Mexico, Poland dan Vietnam. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan