Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple tarik balik aplikasi Hong Kong yang diguna penunjuk perasaan sasar polis

Syarikat gergasi teknologi, Apple, pada Khamis (10 Okt) memadamkan aplikasi peta Hong Kong, yang digunakan oleh para penunjuk perasaan prodemokrasi, dengan menyatakan ia mengundang bahaya kepada polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple tarik balik aplikasi Hong Kong yang diguna penunjuk perasaan sasar polis

Seorang lelaki menguji telefon bijak di sebuah kedai Apple dekat Hong Kong. (Gambar: Philip Fong/AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 07:19PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 07:21PM

HONG KONG: Syarikat gergasi teknologi, Apple, pada Khamis (10 Okt) memadamkan aplikasi peta Hong Kong, yang digunakan oleh para penunjuk perasaan prodemokrasi, dengan menyatakan ia mengundang bahaya kepada polis.

Ini setelah China memberi amaran kepada Apple supaya menggugurkan aplikasi berkenaan.

Menurut satu kenyataan diterbitkan oleh para pembangun aplikasi HKmap.live, Apple menyatakan "aplikasi anda digunakan dalam cara yang membahayakan penguatkuasaan undang-undang dan para penduduk di Hong Kong".

Hab kewangan tersebut dibelenggu siri bantahan sejak empat bulan lalu dan sepanjang tempoh itu, kerap kali berlaku pertempuran antara polis dengan penunjuk-penunjuk perasaan tegar.

Langkah menarik balik aplikasi berkenaan oleh Apple dari App Storenya menyusuli tuduhan dari media negara China bahawa aplikasinya "jelas membantu para perusuh".

HKmap.live menerbitkan kenyataan oleh App Store Review tersebut di saluran Telegramnya yang mempunyai lebih 70,000 pelanggan.

“Aplikasi itu memaparkan lokasi polis dan kami sudah mengesahkan dengan Biro Keselamatan Siber dan Jenayah Teknologi Hong Kong bahawa aplikasi tersebut digunakan untuk menyasarkan serta menyerang hendap polis, mengancam keselamatan awam dengan penjenayah menggunakannya untuk memantau polis di kawasan yang tiada penguatkuasaan undang-undang," menurut kenyataan tersebut.

"Penggunaan aplikasi anda mendatangkan bahaya yang serius kepada warganegara."

Pencipta aplikasi tersebut bagaimanapun tidak memberikan ulasan lanjut.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan