Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple lancar cip berkelajuan lebih pantas, MacBook Pro & Airpod bulan ini

Komputer riba dan fon tanpa wayar baru itu mula dijual online pada Isnin (18 Okt) dan akan dijual di kedai-kedai mulai 26 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple lancar cip berkelajuan lebih pantas, MacBook Pro & Airpod bulan ini

Semasa pengumuman produk terbaru Apple pada 18 Oktober 2021. (Gambar: Apple Inc/Handout via REUTERS)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 09:17AM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 09:20AM

AMERIKA SYARIKAT: Apple pada Isnin (18 Okt) melancarkan dua cip baru yang dimuatkan di dalam komputer riba MacBook Pro, yang lebih berkuasa tinggi, serta fon telinga tanpa wayar generasi ketiga AirPod yang dipadankan dengan khidmat penstriman muzik bulanan yang lebih murah.

The Cupertino, iaitu sebuah syarikat berpangkalan di California, yang melancarkan siri baru iPhone kira-kira sebulan yang lalu, sudah menambah lebih banyak produk tepat pada masanya sebelum musim cuti hujung tahun yang bakal menjelang.

Syarikat pembuat iPhone itu akan menawarkan pelan langganan Apple Music berharga AS$4.99 (S$6.70) sebulan dan menambah warna-warna terang pada speaker bijak mini HomePod.

Berikut ini tiga elemen utama daripada pengumuman pada Isnin:

CIP LEBIH BESAR, LEBIH PANTAS

Apple mengumumkan dua cip baru yang dipanggil M1 Pro dan M1 Max. Ia mencipta cip yang lebih besar dan pantas berbanding cip M1 sebelum ini.

Cip tersebut akan membantu Apple mempertingkatkan pemprosesan video dalam komputernya selain mempunyai bateri dengan jangka hayat lebih panjang.

"Mac kini sudah setahun dalam tempoh peralihan dua tahun ke silikon Apple dan M1 Pro dan M1 Max mewakili satu lagi langkah besar ke hadapan, menurut Apple, sedang ia beralih dari Mac yang menggunakan cip Intel Corp.

HARGA, KAMERA, SAIZ BARU MACBOOK

Apple mengumumkan dua Macbook Pro baru yang dipasang cip terkini M1 Pro dan M1 Max.

Komputer-komputer riba baru itu juga menampilkan rekaan luaran atau 'chassis' baru dan Apple juga menggantikan 'touch bar' dengan kekunci fizikal.

Komputer riba itu, yang disasarkan kepada para karyawan kreatif atasan, juga menawarkan kamera 1080p.

Cip baru Apple juga membantu syarikat itu meningkatkan daya tahan bateri dalam komputer-komputer riba yang baru iru.

Apple mendakwa bahawa komputer riba model 14 inci akan dapat memainkan video sehingga 17 jam, manakala model 16 inci akan dapat memainkan video sehingga 21 jam, dengan tambahan tujuh dan 10 jam pada jangka hayat bateri komputer riba tersebut.

MacBook Pro model 14 inci akan dijual bermula pada harga AS$1,999 (S$2,700). Model asas 16 inci pula berharga AS$2,499 (S$3,370). Manakala model atasan MacBook Pro 16 inci berharga AS$6,099 (S$8,220).

AIRPOD LEBIH MURAH DENGAN CIRI PREMIUM

Apple melancarkan versi ketiga Airpodnya. Versi terbaru itu akan dijual pada harga permulaan AS$179 dan ia dilengkapi dengan beberapa ciri yang akan dikongsi dengan fon tanpa wayar atasan, iaitu AirPod Pro.

AirPod baru itu juga dilengkapi dengan audio ruang atau 'spatial audio', bateri dengan jangka hayat lebih panjang dan rekaan baru.

AirPod dan Airpod Pro itu juga dijual dengan kes pengecas MagSafe - membolehkan pengguna menggunakan pengecas tanpa wayar bermagnet untuk mengecas kes AirPod mereka.

Model asas AirPod pula dikurangkan harganya dan kini dijual pada harga AS$129 (S$174) di Amerika Syarikat.

Komputer riba dan fon tanpa wayar baru itu mula dijual online pada Isnin (18 Okt) dan akan dijual di kedai-kedai mulai 26 Oktober.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan