Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apple kini bernilai S$1.3 trilion

APPLE menjadi syarikat awam pertama dunia yang mencecah nilai berjumlah AS$1 trilion

Anggaran Waktu Membaca:
Apple kini bernilai S$1.3 trilion

Logo syarikat Apple. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 08:16AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 08:20AM

AMERIKA SYARIKAT: APPLE menjadi syarikat awam pertama dunia yang mencecah nilai berjumlah AS$1 trilion (S$1.3 trilion) selepas sahamnya melonjak sebanyak 2.9 peratus semalam (2 Ogos), menurut satu laporan Astro Awani.

Astro Awani melaporkan bahawa syarikat pengeluar peranti itu melepasi penanda aras berkenaan apabila sahamnya didagang pada AS$207.39 (S$283.39) ketika sesi tengah hari, di New York.

Pengarah Urusan MND Partners, Timothy Anderson menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar.

“Jadi, hari ini Apple telah menjadi syarikat yang pertama didagangkan dengan modal mencecah AS$1 trilion. Itu merupakan satu kejayaan besar,” kata beliau.

Ini satu pencapaian yang tidak diduga pada 1997 apabila Apple hampir diisytiharkan muflis, lapor Astro Awani.

Ketika itu, sahamnya hanya bernilai kurang daripada AS$1 (S$1.37).

Apple berkembang daripada hanya sebuah syarikat pengeluar komputer peribadi Mac kepada pencetus revolusi peranti menerusi telefon pintarnya, iPhone.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan