Images

Apple bakal kurangkan pengeluaran iPhone X ekoran sambutan kurang baik

NEW YORK: Syarikat Apple akan mengurangkan pengeluaran iPhone X sebanyak separuh bagi tiga bulan pertama tahun ini kepada sekitar 20 juta unit.

Demikian menurut indeks Nikkei yang turut mendedahkan saham Apple turun 1.6 peratus - paras terendah tahun ini, menguncup $14 bilion daripada nilai pasarannya.

Apple walau bagaimanapun enggan mengulas.

Kebimbangan berkenaan sambutan hambar bagi penjualan iPhone X yang berharga sekitar $1,000 menjadikan para pelabur tidak yakin tentang prospek kewangan syarikat itu.

Pengurangan pengeluaran juga ekoran jualan lebih lembab daripada yang dijangkakan pada musim cuti di Eropah, Amerika Syarikat dan China.

Pesanan iPhoneX bagi pasaran Asia juga semakin lemah baru-baru ini, dengan pengeluaran suku pertama mungkin sekitar 20 juta unit.  

- Reuters/NU/aq

Top