Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Aplikasi pengangkutan Zipster henti operasi kurang 2 tahun selepas dilancar

Kurang dua tahun selepas diperkenalkan kepada umum, sebuah aplikasi yang bertujuan menyepadukan pelbagai pilihan pengangkutan di bawah satu platform, gulung tikar bersama syarikat pemula yang disokong SMRT yang membangunkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi pengangkutan Zipster henti operasi kurang 2 tahun selepas dilancar

Gambar: Zhaki Abdullah

Diterbitkan : 29 Jun 2021 05:47PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 05:53PM

SINGAPURA: Kurang dua tahun selepas diperkenalkan kepada umum, sebuah aplikasi yang bertujuan menyepadukan pelbagai pilihan pengangkutan di bawah satu platform, gulung tikar bersama syarikat pemula yang disokong SMRT yang membangunkannya.

Dilancarkan pada September 2019, Zipster yang dibangunkan oleh mobilityX, anak syarikat SMRT, menyatakan pada ketika itu bahawa ia merancang untuk menawarkan perjalanan tanpa had menggunakan bas dan kereta api kepada para pengguna yang membayar yuran langganan bulanan selain diskaun bagi khidmat kereta dan basikal sewa.

Ia menyatakan ketika itu sudah mempunyai sekitar 16,000 pengguna susuli satu percubaan beta dan bekerjasama dengan Grab, Gojek dan BlueSG untuk menawarkan khidmat syarikat tersebut menerusi aplikasi berkenaan.

Namun, tinjauan di Apple App Store dan Google Play Store pada Selasa (29 Jun), mendapati bahawa Zipster tidak lagi tersenarai untuk dimuat turun.

"Para pemegang saham menilai semula prospek dan perkembangan mobilityX sambil mengambil kira sekitaran perniagaan dan kawal selia yang mencabar sekarang ini dan secara bersama membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendanaan bagi syarikat pemula itu," kata Encik Alex Tan, pengurus besar SMRT Ventures, cabang korporat SMRT.

"Para pengguna yang sudah berdaftar dimaklumkan lebih awal sebelum khidmat aplikasi Zipster dihentikan," terang Encik Tan sambil menambah hak milik intelektual yang dibangunkan akan "disimpan dan dinilai untuk projek-projek masa hadapan".

Beliau tidak mendedahkan bila keputusan dibuat untuk menutup mobilityX dan menghentikan khidmat Zipster.

Dalam pada itu, SMRT tidak menjawab pertanyaan Mediacorp sama ada kakitangan mobilityX terjejas oleh penutupan itu.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan