Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Aplikasi baru dilancar bantu peruncit kejiranan HDB beralih ke wadah digital

Kedai-kedai di pusat kejiranan tempatan kini mempunyai satu aplikasi baru untuk memudahkannya berurus niaga dalam pasaran digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jan 2021 06:34PM Dikemas Kini : 31 Jan 2021 09:10PM

SINGAPURA: Kedai-kedai di pusat kejiranan tempatan kini mempunyai satu aplikasi baru untuk memudahkannya berurus niaga dalam pasaran digital.

Satu lagi aplikasi pula membolehkan orang ramai berinteraksi dengan para pekedai dan mengambil bahagian dalam program yang menawarkan ganjaran.

Dua aplikasi itu sedang dicuba di kejiranan Oasis Terraces di Punggol bermula hari ini (31 Jan).

HDB menyatakan aplikasi itu akan dilancarkan di lebih banyak tempat tidak lama lagi.

Kedai Green-on-Go misalnya, yang terletak di gedung beli-belah di Punggol, menjual barangan rumah dan gaya hidup.

Ia kini juga boleh berniaga secara online menerusi aplikasi baru - RetailerLink.

Selain dapat berkongsi promosi yang ada, para pemilik kedai juga boleh berbual dengan para pelanggannya menerusi aplikasi tersebut.

(Gambar: HDB)

Bagi para pelanggan pula mereka juga boleh melihat barang-barang ini menerusi satu lagi aplikasi, ShopperLink, yang menawarkan program ganjaran.

Kedua-dua aplikasi itu dicipta berdasarkan saranan-saranan daripada para peruncit dan Persatuan Pedagang untuk menjadikan kedai-kedai di kawasan kejiranan tetap relevan dalam era digital.

Projek itu masih dalam proses percubaan di pusat beli-belah kawasan perumahan Punggol.

Sejauh ini, sekitar 90 peratus kedai sudah menyertai program tersebut.

HDB akan memperkenalkan inisiatif itu di pusat beli-belah di kawasan-kawasan kejiranan lain seperti Buangkok Square dan Canberra Plaza sebelum hujung tahun ini. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan