Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Apakah erti persaraan di S'pura kini?

Rakyat Singapura dijangka hidup lebih lama. Maka itu, merancang kehidupan selepas persaraan adalah penting bagi penuaan yang berjaya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Dec 2019 08:09PM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 08:55PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dijangka hidup lebih lama. Maka itu, merancang kehidupan selepas persaraan adalah penting bagi penuaan yang berjaya.

Salah satu caranya adalah kekal aktif menerusi kerja-kerja sukarela atau kerja sambilan. Mempunyai cukup wang simpanan juga sama pentingnya.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan seperti Bank OCBC dan pengurus harta digital Syfe mendapati ramai rakyat Singapura tidak menyimpan wang secukupnya untuk persaraan.

Para perancang kewangan berkata kekurangan instrumen persaraan bukanlah masalahnya.

Apa yang penting adalah kesedaran dan sama ada para individu menggunakan instrumen persaraan yang betul.

Malah kini, terdapat perubahan dalam makna persaraan bagi warga senja.

Mereka tidak lagi bersara sepanjang masa tetapi melakukan pekerjaan buat tempoh yang pendek atau bekerja sambilan.

Dalam masa yang sama, menurut para pakar, skim CPF pemerintah, jagaan kesihatan dan perumahan juga adalah satu instrumen yang baik sebagai sokongan kewangan untuk para pesara. 

Sumber : CNA/RU/FZ
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan