Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Anak syarikat Hyflux tarik balik permohonan tangguh hutang

Tuaspring, anak syarikat Hyflux, memutuskan untuk menarik balik permohonan bagi penangguhan hutang.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak syarikat Hyflux tarik balik permohonan tangguh hutang

Loji Bersepadu Air dan Janakuasa Tuaspring. (Gambar: Hyflux)

Diterbitkan : 06 Jul 2018 05:04PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 05:06PM

SINGAPURA: Tuaspring, anak syarikat Hyflux, memutuskan untuk menarik balik permohonan bagi penangguhan hutang.

Permohonan itu seharusnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi hari ini (6 Jul) pada jam 2.30 petang. Perbicaraan sudah dibatalkan.

Mediacorp difahamkan Hyflux dan penasihat undang-undangnya menyerahkan permohonan untuk menarik balik penangguhan tersebut pada petang semalam (5 Jul) dan menerima notis daripada mahkamah pada hari ini (6 Jul) bahawa permohonannya diluluskan.

Hyflux, yang merupakan salah sebuah syarikat paling berjaya sebelum ini di Singapura, mengambil langkah yang mengejutkan bulan lalu dengan meminta perlindungan mahkamah bagi penyusunan semula syarikat dan liabilitinya.

Ia menyatakan bahawa "kelemahan berpanjangan" dalam pasaran tenaga kuasa tempatan sebagai punca syarikatnya mengalami masalah kewangan.

Pada 19 Jun, Hyflux dan empat anak syarikatnya - Hydrochem, Hyflux Engineering, Hyflux Membrane Manufacturing dan Hyflux Innovation Centre - diberi enam bulan tambahan oleh Mahkamah Tinggi untuk melunaskan hutang masing-masing dengan pemiutang.

Dalam perbicaraan tersebut, Tuaspring, yang memiliki Loji Bersepadu Air dan Janakuasa, mendapat izin mahkamah untuk tidak meneruskan permohonan bagi penangguhan hutang. Ia kemudian menyerahkan permohonan berasingan di bawah Seksyen 210(10) Akta Syarikat.

Projek Tuaspring merupakan aset terbesar Hyflux Group. Syarikat itu bagaimanapun mengalami kerugian sehingga para penganalisis menyarankan supaya syarikat itu menjual pelaburannya dalam loji itu demi membantu menyelesaikan masalah kewangan syarikat berkenaan.

Meskipun loji itu diletakkan dalam pasaran untuk dijual sejak awal 2017, syarikat itu gagal mendapatkan pembeli kerana bertegas mahu menjualnya pada harga yang sekurang-kurangnya sama dengan nilai buku (book value).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan