Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AMP & DPPMS meterai MOU untuk perkasa peniaga kecil-kecilan

Para peniaga kecil-kecilan seperti peniaga dari rumah kini mempunyai satu lagi saluran untuk belajar bagaimana untuk memastikan perniagaan mereka dapat terus bertahan atau diperkasakan di tengah-tengah cabaran ekonomi yang serba tidak menentu sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para peniaga kecil-kecilan seperti peniaga dari rumah kini mempunyai satu lagi saluran untuk belajar bagaimana untuk memastikan perniagaan mereka dapat terus bertahan atau diperkasakan di tengah-tengah cabaran ekonomi yang serba tidak menentu sekarang.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai antara AMP dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) pada Khamis (30 Jul), kedua-dua pertubuhan secara bersama akan membangunkan modul-modul kursus perniagaan yang direka khas untuk Program Perniagaan Mikro Lanjutan AMP.

Ia dibuka kepada para peserta yang pernah mengikuti Program Perniagaan Mikro Asas anjuran AMP.

Program Perniagaan Mikro Lanjutan bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman para peserta dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber-sumber DPPMS.

Para peserta yang berniaga dari rumah mungkin ditawarkan peluang menjadi perantis di syarikat-syarikat anggota DPPMS, jika mereka mahu mengembangkan perniagaan mereka.

Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata MOU yang dimeterai dengan AMP adalah sebahagian daripada strategi lebih luas DPPMS untuk meningkatkan dan merubah perniagaan-perniagaan dari rumah atau 'home-based businesses' (HBB).

Menerusi program ini, para peniaga kecil-kecilan akan dapat memanfaatkan rangkaian kerja dan peluang-peluang untuk mendapatkan khidmat runding cara dengan pihak DPPMS, sekali gus menajamkan ilmu keusahawanan mereka.

AMP menyatakan, sekitar 200 lulusan Program Perniagaan Mikro Asas kendaliannya sebelum ini layak mengikuti program lanjutan itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan