Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Amazon umum kiriman barangan gunakan dron

Syarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan kiriman barangan tidak lama lagi akan menggunakan dron atau pesawat tanpa juruterbang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon umum kiriman barangan gunakan dron

Syarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan kiriman barangan tidak lama lagi akan menggunakan dron. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 06 Jun 2019 05:26PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 05:49PM

LAS VEGAS, AMERIKA SYARIKAT: Syarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan kiriman barangan tidak lama lagi akan menggunakan dron atau pesawat tanpa juruterbang.

Mengumumkannya di satu sidang di Las Vegas, Amerika Syarikat, CEO Unit Pelanggan Sedunia, Jeff Wilke, mengatakan Amazon sedang menghasilkan dron elektrik sepenuhnya yang boleh terbang sejauh lebih 9 kilometer.

Ini membolehkan kiriman dihantar dalam masa 30 minit dan mungkin mula dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Dron-dron baru yang dihasilkan Amazon itu berlepas dan mendarat seperti sebuah helikopter dan boleh mengesan objek bergerak, lantas memastikan ia selamat digunakan.

Amazon enggan mendedahkan tempat bagi penggunaan dron pertamanya.

Bagaimanapun ia pernah menggunakan dron untuk kiriman pertama pada 2016.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan