Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Amazon rancang buka gudang baru, cipta 2,800 pekerjaan di Jerman

Gergasi runcit online Amerika Syarikat, Amazon, merancang untuk membuka sebuah gudang baru di German tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon rancang buka gudang baru, cipta 2,800 pekerjaan di Jerman

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 08:20PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 08:21PM

BERLIN: Gergasi runcit online Amerika Syarikat, Amazon, merancang untuk membuka sebuah gudang baru di German tahun ini. Ini akan mencipta lebih 2,800 pekerjaan dengan kontrak tetap di pasaran kedua terbesarnya selepas AS.

Ini sekali gus akan membawa jumlah kakitangan di Jerman kepada lebih 20,000 merentasi lebih 35 kawasan menjelang hujung 2019. Demikian menurut peruncit itu menerusi kenyataannya pada Ahad (14 Jul).

Ia menambah gedung ke-13 di Jerman itu akan terletak di bahagian barat bandar Moenchengladbach.

Amazon sudah berdepan pergeseran buat sekian lama dengan kesatuan di Jerman, menuntut pendapatan serta keadaan kerja lebih baik bagi kakitangan logistik yang sering mengadakan mogok sejak 2013. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan