Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Amazon lancar wadah jual beli online lebih besar di S'pura

Syarikat Amazon.com Inc melancarkan wadah beli-belah online lebih besar di Singapura dengan pilihan produk lebih luas sekali gus mengemukakan saingan lebih sengit kepada syarikat-syarikat seperti Lazada kendalian Alibaba Group Holding Ltd dan Shopee milik Sea Ltd.

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon lancar wadah jual beli online lebih besar di S'pura

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 12:32PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 12:35PM

SINGAPURA: Syarikat Amazon.com Inc melancarkan wadah beli-belah online lebih besar di Singapura dengan pilihan produk lebih luas sekali gus mengemukakan saingan lebih sengit kepada syarikat-syarikat seperti Lazada kendalian Alibaba Group Holding Ltd dan Shopee milik Sea Ltd.

Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu melancarkan wadah beli-belah online di Singapura lebih dua tahun lalu dengan menawarkan khidmat hantaran cepat menerusi aplikasi telefon bimbit.

Namun, pilihan produk yang ditawarkan sebelum ini hanya tertumpu kepada barangan runcit dan keperluan rumah dan tidak seluas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pesaing.

"Dengan Amazon.sg, kami ingin menyediakan apa yang diminta para pelanggan: keupayaan untuk semua orang membeli-belah di komputer dan telefon bimbit, lebih banyak pilihan produk tempatan dan antarabangsa daripada Amazon dan penjual yang dipercayai, dilengkapi dengan khidmat penghantaran cepat dan dipercayai," demikian menurut kenyataan oleh pengurus negara Amazon Singapore, Henry Low.

Amazon juga menyatakan ia akan membenarkan perniagaan kecil dan sederhana menjual produk mereka di Amazon.sg.

Syarikat-syarikat e-dagang lain termasuk Lazada umumnya beroperasi menerusi model wadah jual beli atau 'marketplace' di Singapura.

Singapura sering dilihat sebagai tapak permulaan untuk syarikat-syarikat yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan