Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Amazon buka pejabat baru di S'pura; rancang tambah 10% tenaga kerja

Amazon merancang untuk menambah tenaga kerjanya di Singapura sebanyak lebih 10 peratus menjelang hujung tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2021 08:28PM Dikemas Kini : 27 Oct 2021 09:18PM

SINGAPURA: Amazon merancang untuk menambah tenaga kerjanya di Singapura sebanyak lebih 10 peratus menjelang hujung tahun depan.

Dengan pemindahan ke sebuah ruang pejabat baru, syarikat itu menyatakan ia akan meningkatkan tawarannya kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang menggunakan wadahnya bagi pasaran global.

Seluas 100,000 kaki persegi dan setinggi tiga tingkat, pejabat baru Amazon akan menempatkan perniagaan pengguna dan pasukan korporat.

Ia merancang menambah tenaga kerjanya berjumlah 2,000 orang dengan mewujudkan lagi lebih 200 pekerjaan baru selain lebih 110 jawatan kosong sekarang.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata, penambahan itu mencerminkan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab teknologi serantau.

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan