Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Amazon akan naikkan gaji lebih 500,000 pekerja

Amazon menyatakan pada Rabu (28 Apr) bahawa ia merancang untuk menaikkan gaji lebih 500,000 pekerjanya sedang ia cuba menarik pekerja-pekerja baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Amazon akan naikkan gaji lebih 500,000 pekerja

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Apr 2021 12:31PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 12:33PM

NEW YORK: Amazon menyatakan pada Rabu (28 Apr) bahawa ia merancang untuk menaikkan gaji lebih 500,000 pekerjanya sedang ia cuba menarik pekerja-pekerja baru.

Syarikat gergasi penjualan online itu yang sudahpun membayar gaji pekerja baru sekurang-kurangnya AS$15 sejam, menyatakan ia akan mula menaikkan gaji antara 50 sen sejam dengan AS$3 sejam mulai bulan depan.

Mereka yang akan menerima kenaikan gaji termasuk para pekerja gudang, yang membungkus dan menghantar tempahan pelanggan serta mereka yang bekerja di pusat-pusat penyusunan bungkusan dan kemudahan-kemudahan Amazon yang lain.

Amazon menyatakan kenaikan gaji itu adalah sebahagian daripada usahanya untuk mengambil lebih ramai pekerja.

Syarikat itu memerlukan lebih ramai orang untuk menghantar tempahan kepada para pembeli semasa pandemik kerana semakin ramai rakyat Amerika membeli-belah online.

Pada 2020 sahaja, ia menggajikan 500,000 orang, menjadikan jumlah keseluruhan tenaga kerjanya hampir 1.3 juta di merata dunia.

Kenaikan gaji itu juga diumumkan selepas kesatuan sekerja gagal dibentuk di sebuah gedung Alabama, yang meletakkan tumpuan nasional ke atas keadaan para pekerja di Amazon.

Para pekerja dan penganjur yang menyokong kesatuan di Alabama berkata mereka mahu gaji lebih baik dan lebih banyak waktu rehat dalam syif 10 jam mereka.

Awal bulan ini, Pengasas Amazon, Jeff Bezos, mengakui dalam surat pemegang kepentingan bahawa syarikat itu boleh melakukan lebih baik untuk para pekerjanya dan berkata beliau tidak berpeluk tubuh dengan keputusan pemilihan kesatuan di Alabama.

Para peruncit lain sudahpun menaikkan gaji pekerja. Costco, misalnya baru-baru ini menaikkan gaji minimumnya kepada AS$16 sejam.

Target pula menaikkan gaji permulaan pekerja kepada AS$15 sejam baru-baru ini.

Amazon yang berpangkalan di Seattle adalah majikan privet kedua terbesar di Amerika Syarikat selepas pesaing runcit Walmart.

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan