Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Allied Technologies fail aduan polis selepas peguam, S$33 juta lesap

Polis mengesahkan aduan sudahpun dibuat terhadap firma guaman JLC Advisors berkaitan kehilangan dana yang disimpannya dalam satu akaun escrow.

Anggaran Waktu Membaca:
Allied Technologies fail aduan polis selepas peguam, S$33 juta lesap

Pengarah Urusan JLC Advisors, Jeffrey Ong. (Gambar: Laman JLC Advisors)

Diterbitkan : 24 May 2019 07:59PM Dikemas Kini : 24 May 2019 08:03PM

SINGAPURA: Polis mengesahkan aduan sudahpun dibuat terhadap firma guaman JLC Advisors berkaitan kehilangan dana yang disimpannya dalam satu akaun escrow.

Wang itu milik Allied Technologies, syarikat kejuruteraan yang tersenarai di papan Catalist SGX.

Dalam laporannya kepada SGX yang difailkan pada Jumaat (24 Mei), Allied Technologies menyatakan dana berjumlah $33.4 juta yang disimpan dalam akaun escrow miliknya sudah dikeluarkan di bawah arahan peguam kanan Jeffrey Ong yang menghilangkan diri.

Akaun escrow digunakan pihak peguam untuk melindungi dana pembeli semasa penjualan hartanah.

SGX sudahpun mengarahkan juruaudit khas bebas yang dilantik Allied Tech untuk melaporkan kepada SGX mengenai skop dan semua hasil siasatan audit khas yang dijalankan.

Ia juga memantau perkembangan selanjutnya berhubung dana Allied Fund yang dipegang JLC.

Encik Ong juga sudah meletak jawatan daripada Annica Holdings, sebuah syarikat pelaburan.

Menyusuli perkembangan terbaru itu, Bursa Singapura akan menentang pelantikan Encik Ong sebagai pegawai eksekutif di mana-mana syarikat yang tersenarai di Singapura.

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan