Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Alibaba buka institut kajian pertama di luar China, kerjasama dengan NTU di S'pura

Gergasi e-dagang China Alibaba membuka institut kajian bersama yang pertama di luar China, bersama Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:00PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:03AM

SINGAPURA: Gergasi e-dagang China Alibaba membuka institut kajian bersama yang pertama di luar China, bersama Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Institut bersama itu akan meninjau penerobosan teknologi dan huraian kecerdikan buatan atau AI dalam bidang-bidang seperti kesihatan, isu penuaan dan gaya hidup.

Alibaba akan mengikrarkan komitmen pelaburan berjuta dolar setiap tahun bagi tempoh awal lima tahun dan institut kajian bersama dengan NTU itu, akan bermula dengan 50 pengkaji daripada kedua-dua pihak.

Enggan memberikan jumlah pelaburan sebenar, Alibaba sekadar menyamakannya dengan makmal korporat Singtel-NTU yang disuntik dengan dana $42.5 juta.

NTU dan Alibaba menyatakan mereka menyasar untuk melaksanakan huraian AI di rumah, kedai runcit, masyarakat, pengangkutan bandar dan hospital, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tahun lalu, Alibaba mengumumkan ia akan menggandakan peruntukan untuk kajian kepada ASS$15 billion dalam tempoh tiga tahun akan datang dan Singapura adalah salah satu daripada tujuh lokasi yang terpilih untuk makmal kajian di bawah program tersebut.

Bandar-bandar lain yang terpilih termasuk Mosko, Beijing serta dua bandar Amerika di San Mateo and Bellevue.

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan