Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Akses pembiayaan dana mesra alam kini lebih mudah bagi syarikat S'pura

Syarikat-syarikat perusahaan di Singapura yang mahu membangunkan huraian bagi mengurangkan sisa dan pelepasan gas rumah hijau mungkin akan mendapatinya lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan dana melalui satu skim pemerintah yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Akses pembiayaan dana mesra alam kini lebih mudah bagi syarikat S'pura

Gambar: AFP

Diterbitkan : 03 Oct 2021 04:48PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 04:50PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat perusahaan di Singapura yang mahu membangunkan huraian bagi mengurangkan sisa dan pelepasan gas rumah hijau mungkin akan mendapatinya lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada pembiayaan dana melalui satu skim pemerintah yang baru.

Di bawah Skim Pembiayaan Perusahaan-Hijau, pemerintah akan menanggung 70 peratus daripada risiko pinjaman yang diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang menyertai skim tersebut kepada syarikat-syarikat tempatan di bawah kategori-kategori berikut, menurut kenyataan media oleh Enterprise Singapore pada Ahad (3 Okt).

Kategori-kategorinya adalah: pembangun projek, penyepadu sistem serta pemerkasa teknologi dan huraian daripada sektor tenaga bersih, ekonomi kitar semula, prasarana mesra alam dan sektor pengangkutan bersih.

Menurut Enterprise Singapore, skim baru itu meliputi pelbagai keperluan pembiayaan dana termasuk modal pembangunan, aset tetap, pinjaman projek usaha sama serta penggabungan dan pengambilalihan.

Ia berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga hujung Mac 2024.

Ini menyusuli pengumuman tentang Program Kemampanan bagi Perusahaan pada Jumaat lalu.

Program tersebut yang dikendalikan oleh Enterprise Singapore, bertujuan untuk membantu perniagaan tempatan membangunkan kemampuan dalam bidang kemampanan agar dapat memanfaatkan peluang dalam ekonomi mesra alam.

Skim Pembiayaan Perusahaan-Hijau itu akan disokong oleh rakan-rakan institusi kewangan termasuk DBS, HSBC, OCBC dan UOB.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan