Images
  • mas

Akses lebih mudah untuk firma pembayaran dapatkan khidmat guaman bagi patuhi syarat kawal selia

SINGAPURA: Firma-firma pembayaran akan diberikan akses yang lebih mudah kepada khidmat-khidmat guaman untuk memenuhi syarat-syarat kawal selia.

Inisiatif 2 bulan itu sedang dirintis oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Akademi Undang-Undang Singapura (SAL).

Tujuh firma guaman yang beroperasi di sini menyertai inisiatif itu.

Menerusi Program Penilaian Kawal Selia Bayaran atau PREP, firma-firma sedemikian boleh dinilai secara online dan firma-firma itu juga boleh menerima laporan khusus tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

PREP akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November di Pesta FinTech Singapura.

Ketua Pegawai FinTech MAS Sopnendu Mohanty berkata, “ini adalah bahagian terakhir proses di mana pihak MAS mendampingi masyarakat guaman untuk melakarkan satu set soal jawab yang akan membantu firma-firma guaman mendapatkan respons daripada firma-firma yang memohon lesen supaya penilaian yang menyeluruh dapat dijalankan untuk lesen-lesen berkaitan.”

Rakan Kongsi dan Ketua Bersama Allen & Gledhill FinTech Practice Adrian Ang berpendapat “ia memberikan satu rangka kerja yang amat menyeluruh bagi semua isu guaman yang perlu dipertimbangkan oleh sesebuah penyedia khidmat pembayaran. Ia merangsang kecekapan yang lebih luas dari sudut penyedia khidmat kerana ia boleh membuat penilaian tersebut pada peringkat awal.” 

- CNA/AY/na

Top