Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Airbus tamatkan pengeluaran superjumbo A380

Syarikat gergasi aeroangkasa dari Eropah, Airbus hari ini (14 Feb) mengumumkan rancangan untuk menamatkan pengeluaran pesawat ‘superjumbo’ A380, selepas bertahun-tahun tidak mencapai jualan memadai.

Anggaran Waktu Membaca:
Airbus tamatkan pengeluaran superjumbo A380

Pesawat Airbus A380-800 berlepas dari Manchester. (Gambar fail: Phil Noble/Reuters)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 04:21PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 04:56PM

TOULOUSE: Syarikat gergasi aeroangkasa dari Eropah, Airbus hari ini (14 Feb) mengumumkan rancangan untuk menamatkan pengeluaran pesawat ‘superjumbo’ A380, selepas bertahun-tahun tidak mencapai jualan memadai.

Pesawat terbesar di dunia, dengan dua dek kabin luas dan boleh memuatkan 544 penumpang, direka untuk mencabar pesawat legenda Boeing 747. Bagaimanapun ia gagal untuk bertahan kerana syarikat-syarikat penerbangan lebih cenderung memilih jet generasi baru yang lebih kecil.

Airbus dalam satu kenyataan menyatakan, pesawat A380 yang terakhir akan diserahkan pada 2021.

Mengesahkan laporan yang pertama kali dilaporkan Reuters itu, ia menyatakan Emirates selaku pelanggan A380 terbesar, memutuskan untuk mengurangkan pesanan superjumbo ikonik itu dan menempah 70 unit model A350 dan A330neo yang lebih kecil.

Syarikat itu sedang berunding dengan pihak kesatuan sekerja dalam minggu-minggu akan datang berhubung 3,000-3,500 pekerja yang mungkin terjejas.

Airbus akan mengeluarkan 17 lagi pesawat termasuk 14 bagi Emirates dan tiga bagi syarikat penerbangan Jepun ANA.  

Sumber : Reuters/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan