Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia tuntut ganti rugi RM480 juta

AirAsia sudah menyerahkan notis terhadap Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menuntut ganti rugi hampir RM480 juta (S$158 juta) bagi kerugian dialaminya daripada beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia tuntut ganti rugi RM480 juta

Gambar fail pesawat AirAsia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 10:15PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 10:17PM

PUTRAJAYA: AirAsia sudah menyerahkan notis terhadap Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menuntut ganti rugi hampir RM480 juta (S$158 juta) bagi kerugian dialaminya daripada beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

AirAsia menyatakan punca kerugian hampir RM480 juta (S$158 juta) itu sebahagian besarnya berpunca daripada kehilangan pelanggan dalam tempoh empat tahun lepas akibat gangguan operasi dan keadaan tidak memuaskan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Dalam kenyataan hari ini (31 Jan), syarikat penerbangan itu menyatakan notis untuk memulakan mediasi dikeluarkan bersama dengan AirAsia X, menyatakan MASSB menyediakan "perkhidmatan tidak memuaskan” di terminal, mengakibatkannya menanggung kerugian dan kerosakan pada dua pesawatnya.

“Ini termasuk pembatalan dan kehilangan pendapatan daripada beberapa penutupan landasan terbang, kerosakan pada apron, kerosakan pada dua pesawatnya akibat infrastrukur dan sensor MASSB gagal berfungsi, saluran bahan bakar bocor di Pier P Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, gangguan perkhidmatan internet dan kehilangan pelanggan,” katanya.

AirAsia dan AirAsia X bersama-sama memohon diadakan mediasi mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), yang menetapkan pertikaian itu perlu terlebih dahulu diselesaikan secara baik menerusi mediasi. 

Di bawah akta itu, sekiranya mediasi gagal, Mavcom kemudiannya akan menyelesaikan pertikaian itu secara timbang tara.

AirAsia dan AirAsia X berkata mereka berharap untuk menyelesaikan isu itu secara baik dan sudah mengelak daripada memfailkan tuntutan balas di mahkamah untuk membolehkan diadakan mediasi, seperti ditetapkan Akta Mavcom Act.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan