Images
  • Air Asia X
    Pesawat Air Asia X. (Gambar: AFP PHOTO/HO/AirAsia X)

AirAsia mansuhkan bayaran pemprosesan bagi pengguna e-dompet mulai Oktober

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian atau kad kredit mulai Oktober depan.

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Encik Tony Fernandes hari ini (30 Jul).

Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di twitter menerusi dua hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 (S$1.33) jika pelanggan menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 (S$5.32) dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat. 

- BERNAMA/NA/na

Top