Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia Food dijangka dilancarkan di S'pura akhir Januari 2021

Platform penghantaran makanan baru AirAsia, airasia food, yang dikendalikan oleh Teleport, syarikat logistik milik Airasia Digital terus menawarkan kemudahan kepada peniaga untuk menyertai platform tersebut tanpa sebarang kos tersembunyi.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia Food dijangka dilancarkan di S'pura akhir Januari 2021

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 03:14PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 03:16PM

KUALA LUMPUR: Platform penghantaran makanan baru AirAsia, airasia food, yang dikendalikan oleh Teleport, syarikat logistik milik Airasia Digital terus menawarkan kemudahan kepada peniaga untuk menyertai platform tersebut tanpa sebarang kos tersembunyi.

Airasia food yang dilancarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei 2020 menawarkan penyelesaian yang mudah dan lancar pada harga berpatutan kepada peniaga kerana ia mengenakan harga tetap dan komisen terendah hanya 10 peratus.

Menurut kenyataan pada Selasa (29 Dis), AirAsia menjelaskan peniaga boleh mendaftar pada harga tetap dan kemudian beralih kepada komisen 10 peratus.

“Airasia food menawarkan perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, memberikan para peniaga kawalan sepenuhnya dalam menguruskan menu dan harga makanan mereka.

“Airasia food juga menawarkan liputan penghantaran sehingga 60 kilometer berbanding platform perkhidmatan pesanan makanan lain yang hanya menawarkan liputan penghantaran sehingga 15 atau 20 kilometer,” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Encik Tony Fernandes berkata pihaknya mengenakan harga tetap terendah dalam industri penghantaran makanan, dan berharap ini memberikan ‘kemerdekaan’ kepada restoran di luar sana.

“Kini, penghantaran makanan bukan sahaja pelengkap perniagaan malah antara saluran jualan utama bagi restoran dan perniagaan kecil. Seorang peniaga kami, JoshiJosh, telah meningkatkan jualan sebanyak 500 kali ganda dalam masa tiga bulan,” katanya.

Airasia food akan dilancarkan di Singapura pada akhir Januari 2021, dan akan dikembangkan ke bandar-bandar ASEAN lain.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan