Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia cuba pikat lebih ramai pelanggan; tawar diskaun hingga 70%

Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai Isnin (15 Okt) sehingga 28 Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia cuba pikat lebih ramai pelanggan; tawar diskaun hingga 70%

Pesawat AirAsia. (Gambar fail: Charles Platiau/Reuters)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 09:20AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 09:27AM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai Isnin (15 Okt) sehingga 28 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam (15 Okt), syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo, berkata terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.

"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," kata beliau.

Para pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan