Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AirAsia cadang ambil alih 2 firma Thailand

AirAsia Group Bhd (AAGB) mencadangkan untuk membeli dua syarikat Thailand, Velox Technology (Thailand) Co. Ltd dan Velox Fintech Co. Ltd. masing-masing dengan harga AS$40 juta (S$54 juta) dan AS$10 juta (S$13.5 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia cadang ambil alih 2 firma Thailand
Ibu pejabat AirAsia di Sepang. (Gambar: KLIA)
Diterbitkan : 09 Jul 2021 07:33AM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 07:38AM

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) mencadangkan untuk membeli dua syarikat Thailand, Velox Technology (Thailand) Co. Ltd dan Velox Fintech Co. Ltd. masing-masing dengan harga AS$40 juta (S$54 juta) dan AS$10 juta (S$13.5 juta).

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang murah itu menyatakan cadangan tersebut dinyatakan melalui unitnya, AisAsia ADS Sdn Bhd (AirAsia Superapp) dan AirAsia Digital Sdn Bhd (ADD).

“Pengambilalihan yang dicadangkan ini memberikan AirAsia Superapp akses segera kepada perniagaan e-dagang sedia ada dengan peniaga makanan berdaftar, rakan niaga penghantaran dan sumber daya untuk memulakan perniagaan e-dagang AirAsia Superapp dan mengurangkan kos serta masa untuk memasuki pasaran pengguna dalam talian di Thailand.

"Tertakluk kepada integrasi dan migrasi pengguna serta pedagang yang berjaya, AirAsia Superapp akan memiliki akses ke pangkalan pelanggan tambahan supaya dapat menjual perkhidmatan AirAsia Superapp yang lain kepada pelanggan berkenaan dan merangsang pertumbuhan untuk AirAsia Superapp,” menurut kenyataan itu lagi.

AAGB menambah pengambilalihan Velox Fintech yang dicadangkan itu akan membolehkan pengembangan produk e-wang untuk kumpulan syarikat AAD yang kini menawarkan produk dan perkhidmatan e-wang.

Kepantasan penerapan di pasaran dijangka akan didorong oleh aset pengawalseliaan. Pengambilalihan yang dicadangkan itu harus mendapat persetujuan daripada Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand.

Ketika laporan ini ditulis, saham AirAsia meningkat 2.16 peratus kepada 94.5 sen dengan 15.46 juta saham diniagakan.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan