Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Air France akan imbangi pengeluaran gas CO2 harian jelang tahun depan

yarikat penerbangan Perancis, Air France, akan mengimbangi pengeluaran karbon dioksida (CO2) bagi 500 penerbangan dalam negerinya setiap hari menjelang 2020 pada kos jutaan euro. Demikian diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Air France akan imbangi pengeluaran gas CO2 harian jelang tahun depan

Pesawat Air France. (Gambar fail: Pascal Pavani/AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:07PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 11:12PM

PARIS: Syarikat penerbangan Perancis, Air France, akan mengimbangi pengeluaran karbon dioksida (CO2) bagi 500 penerbangan dalam negerinya setiap hari menjelang 2020 pada kos jutaan euro. Demikian diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

Dalam usaha untuk mengatasi kesan iklim akibat pengeluaran CO2, syarikat berkenaan akan membiayai projek-projek yang menyokong penanaman pokok, perlindungan hutan dan peralihan global kepada tenaga yang kurang mencemarkan, kata Anne Rigail kepada akhbar Le Parisien.

Projek-projek lain termasuk melarang penggunaan plastik seperti sudu garfu dalam penerbangan tempatan mulai Januari dan "mula mengasingkan serta mengitar semula sisa" bermula Oktober.

Industri penerbangan berdepan kritikan berhubung pelepasan gas karbon, di mana 285 gram CO2 dikeluarkan setiap kilometer bagi setiap penumpang, adalah adalah jauh melebihi jenis pengangkutan lain. Ini menurut Agensi Alam Sekitar Eropah.

Kenderaan pengangkutan berat seperti trak muatan, perkapalan dan penerbangan membentuk lebih 10 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau sejagat, menurut badan penyelidik Institut Sumber Dunia.

Pelepasan tersebut menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim, yang menurut saintis akan membawa kepada kemarau, badai besar dan kenaikan paras air laut yang lebih mendadak.

Pada Julai lalu, Perancis mengumumkan pelaksanaan cukai baru ke atas tiket penerbangan sebanyak antara 1.50 euro hingga 18 euro (S$2.30 - S$27) bagi setiap penerbangan - satu langkah yang dibidas Air France.

Ia bertujuan mengumpulkan kira-kira 180 juta euro (S$272 juta)setahun untuk dilaburkan dalam prasarana pengangkutan yang lebih mesra alam. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan