Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AIA Singapore akan wujudkan hingga 500 peluang pekerjaan bantu tangani pengangguran

Syarikat penyedia insurans AIA Singapore berikrar untuk mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan bagi para graduan baru dan pemohon pertengahan kerjaya, untuk membantu menangani kadar pengangguran yang meningkat di tengah-tengah COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
AIA Singapore akan wujudkan hingga 500 peluang pekerjaan bantu tangani pengangguran

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 02:00PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 02:01PM

SINGAPURA: Syarikat penyedia insurans AIA Singapore berikrar untuk mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan bagi para graduan baru dan pemohon pertengahan kerjaya, untuk membantu menangani kadar pengangguran yang meningkat di tengah-tengah COVID-19.

Calon-calon yang berjaya akan menjalani program latihan selama 10 bulan, yang membolehkan mereka meraih tiga sijil dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Sokongan kewangan antara S$2,000 dengan S$5,000 sebulan akan diberikan semasa program itu, dengan bonus diberikan sebaik sahaja modul-modul latihan tertentu selesai dijalani.

"Ketika ramai terjejas oleh pemberhentian kerja atau mengalami kesukaran mencari pekerjaan, adalah penting untuk kami memberi sokongan kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap dengan mewujudkan peluang kerjaya berdaya tahan dan jangka panjang," kata Cik Wong Sze Keed, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA Singapore dalam satu kenyataan media pada Isnin (21 Sep).

"Skim Kerjaya Kewangan AIA 2020 melengkapkan para individu dengan kemahiran dan pengetahuan kewangan yang perlu untuk menceburi laluan kerjaya baru dalam industri khidmat kewangan," katanya.

Skim itu merupakan kerjasama antara AIA Singapore dengan Pengurusan Pelaburan AIA (AIAIM).

Inisiatif pengambilan kerja oleh AIA diadakan di tengah-tengah jumlah pemberhentian kerja dan pengangguran yang meningkat di Singapura, sedang pandemik COVID-19 terus menjejas teruk ekonomi.

Di Singapura, jumlah pemberhentian kerja melonjak seiring kadar pengangguran. Pada Jun, 89,700 penduduk tidak mempunyai pekerjaan berbanding 76,200 pada Mac. Kadar pemberhentian kerja juga melonjak kepada 11,350 pada separuh pertama tahun ini, melebihi 10,120 yang dicatatkan semasa tempoh wabak SARS.

Di tengah-tengah keadaan buruh sekarang, sektor awam serta beberapa syarikat korporat termasuk Citi dan DBS memberi ikrar komitmen pekerjaan.

"Dengan berkongsi kepakaran dan pengetahuan industri kami, para calon akan menceburi kerjaya yang memuaskan dan berjaya, lantas menyumbang kepada masa depan ekonomi Singapura menjangkaui COVID-19," kata Cik Wong.

Mereka yang memenuhi syarat akan disertakan ke dalam program itu secara bertahap-tahap antara 15 Sep tahun ini dengan 31 Mac tahun depan.

Selepas selesai menjalani program permulaan selama 10 bulan, kursus latihan selanjutnya akan ditawarkan dalam tempoh dua tahun berdasarkan kecenderungan dan keperluan pembangunan setiap calon, menurut AIA Singapore.

Seorang pembimbing akan ditugaskan kepada semua calon yang berjaya.

Mentor itu "akan mendampingi dan membimbing mereka untuk menyempurnakan program itu dengan berjaya dan mungkin kerjaya yang memuaskan dengan AIA Singapore atau Para Penasihat Kewangan AIA sebagai Konsultan Premier AIA", kata syarikat insurans itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan