Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

AI Singapore lancar program kajian kecerdasan buatan bagi industri

AI Singapore melancarkan Program Possiswazah Perusahaan bagi membantu para pengkaji menggunakan kecerdasan buatan dalam operasi perusahaan.

Anggaran Waktu Membaca:
AI Singapore lancar program kajian kecerdasan buatan bagi industri

(Gambar: AI Singapore)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 03:43PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 07:25PM

SINGAPURA: AI Singapore melancarkan Program Pos Siswazah Perusahaan bagi membantu para pengkaji menggunakan kecerdasan buatan dalam operasi perusahaan.

Para pelajar program kedoktoran universiti-universiti tempatan akan dibiayai syarikat-syarikat yang berpangkalan di sini. Kajian yang dihasilkan pula akan digunakan untuk membangunkan prasarana kritikal dan ekonomi Singapura.

Ini akan menyokong usaha menggalakkan proses pendigitalan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Empat pelajar PhD yang merupakan kumpulan perintis akan dibiayai syarikat AI dan 'blockchain' Ocean Protocol.

Mereka akan menjalankan projek-projek yang boleh membantu Singapura meninjau cara-cara mengesan dan merawat penyakit barah lebih awal serta memahami lebih baik kenderaan tanpa pemandu.

Turut dijadikan tumpuan nanti adalah cara-cara memanfaatkan data untuk kegunaan AI tetapi dengan mengekalkan privasi dan keselamatan serta meneroka bagaimana harga data boleh ditentukan dengan tepat.

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan