Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Adakah paras air meningkat menjejas nilai hartanah?

Apabila paras air laut naik, kawasan rendah Singapura yang akan semakin terdedah kepada risiko kenaikan paras air termasuk kawasan East Coast dari Changi ke pusat bandar. Namun para penganalisis hartanah berpendapat ini tidak akan menjejas nilai hartanah kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah paras air meningkat menjejas nilai hartanah?

Gambar fail Taman East Coast (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 05:52PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 05:56PM

SINGAPURA: Apabila paras air laut naik, kawasan rendah Singapura yang akan semakin terdedah kepada risiko kenaikan paras air termasuk kawasan East Coast dari Changi ke pusat bandar. Namun para penganalisis hartanah berpendapat ini tidak akan menjejas nilai hartanah kawasan tersebut.

Menurut mereka, ini disebabkan Pemerintah sudah menyatakan bahawa ia akan menangani masalah tersebut.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan peri pentingnya melabur dalam menghadapi perubahan iklim semasa berucap di Rapat Umum Hari Kebangsaan yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Tengah pada Ahad (18 Ogos). Beliau berkata nilai hartanah, keselamatan dan sejauh mana kawasan-kawasan tersebut masih boleh didiami akan terjejas oleh kenaikan paras laut jika langkah-langkah melindungi negara kita daripada kenaikan paras air laut tidak dilaksanakan.

Bahkan untuk melindungi kawasan pesisir pantai dari kenaikan paras air laut, Pemerintah mungkin perlu menanggung kos sekitar S$100 bilion atau lebih dalam tempoh antara 50 hingga 100 tahun.

Menurut peta yang ditunjukkan PM Lee semasa rapat umum tersebut, kawasan-kawasan yang paling terjejas oleh kenaikan paras laut termasuk Tanjong Rhu dan Marine Parade, serta kawasan tebing Sungai Singapura dan Kallang Basin.

Sebahagian daripadanya adalah kawasan hartanah yang mahal, terletak di lokasi pusat, menghadap laut atau perairan.

Pengarah syarikat rundingan hartanah Chris International, Chris Koh, berkata harga hartanah di kawasan timur Singapura hanya akan merosot "jika tiada jalan keluar" dan jika kenaikan paras air laut kekal menjadi "satu situasi yang genting".

"Buat masa ini, jelas bahawa Pemerintah akan melakukan sesuatu, jadi harga hartanah akan tetap stabil. Pihak pemaju tidak akan terjejas".

Tambah beliau lagi, dalam masa 50 hingga 100 tahun, hartanah dengan tempoh pajakan 99-tahun di kawasan berisiko sudah akan dikembalikan kepada Pemerintah untuk dibangunkan semula atau dijual secara kelompok atau en bloc.

NILAI TINGGI TANAH TAMBAK

Satu huraian adalah mengikut cara Belanda dan membina daik dan apa yang dipanggil 'polder' - iaitu tanah yang ditambak dari laut.

Satu lagi pilihan ialah untuk menambak beberapa pulau lepas pantai dari Marina East hingga Changi dan menghubungkannya dengan bendungan untuk menjadi takungan - seperti bagaimana Kolam Air Marina dibentuk dengan pembinaan Bendungan Marina.

Menurut Encik Koh, bidang-bidang tanah baru ini mungkin menjadi tapak yang mahal jika dibuka bagi pembangunan perumahan sepanjang pesisiran pantai 17 kilometer itu oleh kerana pemandangan laut.

Ketua penyelidik ERA Realty, Nicholas Mak, pula berkata rancangan Pemerintah sedikit sebanyak memberi "rasa lega" dan tidak mencemaskan pasaran hartanah.

"Harga hartanah tidak akan merosot jika terdapat keyakinan terhadap Pemerintah untuk memberikan huraian kepada isu ini," kata beliau. 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan