Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

99%SME hulur lebih banyak bantuan untuk SME terapkan teknologi digital

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang masih bergelut dengan cabaran menerapkan teknologi digital bakal menerima lebih banyak bantuan, dengan pelaksanaan semula kempen 99%SME pada Selasa (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
99%SME hulur lebih banyak bantuan untuk SME terapkan teknologi digital

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing, dengan para wakil DBS, SingTel dan Mediacorp di pelancaran kempen 99%SME. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 04:15PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 04:21PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) yang masih bergelut dengan cabaran menerapkan teknologi digital bakal menerima lebih banyak bantuan, dengan pelaksanaan semula kempen 99%SME pada Selasa (21 Ogos).

Dilancarkan oleh Singtel dan DBS, kempen itu diberi nama 99%SME kerana syarikat-syarikat SME membentuk 99 peratus daripada perniagaan di Singapura dan inisiatif itu kini masuk tahun keempat ia diadakan.

Bagi membantu SME memanfaatkan teknologi digital dalam operasi masing-masing, Singtel dan DBS akan bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk mempertingkatkan ruang pasaran elektronik atau e-pasaran di portal 99%SME mulai bulan depan.

E-pasaran, yang membolehkan SME menyenaraikan produk-produk mereka secara percuma, kini dikendalikan oleh peruncit online, Lazada. Usaha itu merupakan satu kerjasama yang diumumkan pada tahun lalu bagi membantu SME menembusi pasaran e-dagang.

Dengan peningkatan itu, SME - terutamanya syarikat-syarikat yang tidak tahu bagaimana untuk mewujudkan kehadiran online - akan segera dihubungkan dengan wadah e-dagang yang dihoskan oleh 99%SME, kata ketua perbankan SME dari DBS, Joyce Tee.

SME juga boleh mejangkakan pasaran perniagaan ke perniagaan (B2B) yang berasingan, di mana syarikat-syarikat boleh menjual barangan dan khidmat kepada syarikat-syarikat besar dan syarikat berbilang negara.

Dihasilkan oleh DBS dan dijangka dilancarkan menjelang hujung tahun ini, wadah itu juga akan memberikan SME akses kepada rangkaian bekalan, serta huraian kewangan dan pembayaran yang biasanya hanya terbuka kepada syarikat-syarikat besar atau MNC.

Usaha bagi membangunkan portal "yang mengutamakan industri" itu disokong oleh rakan-rakan 99%SME seperti Mediacorp, Mastercard dan Singtel, tambah Cik Tee.

Semasa berucap di acara perasmiannya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang juga tetamu terhormat, berkata bahawa ekonomi digital membolehkan SME dan negara-negara kecil seperti Singapura untuk menjangkaui saiznya dan sumber-sumber asli yang terbatas.

Encik Chan bagaimanapun menekankan bahawa SME harus berusaha untuk melakukan lebih lagi, selain memanfaatkan teknologi digital dalam prosedur operasinya sekarang ini.

Encik Chan juga menggesa MNC supaya bekerjasama dengan syarikat-syarikat SME tempatan dalam menembusi pasaran antarabangsa dan menginovasikan proses-proses pekerjaannya. Syarikat-syarikat SME juga digalak supaya memanfaatkan ekonomi digital.

"Jika kita sama-sama memanfaatkan ekonomi digital, kita bukan hanya dapat meraih faedah sebagai SME atau syarikat tersendiri, tetapi kita akan mempunyai sinergi untuk bersaing sebagai Team Singapore." 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan