Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

99 Group peroleh portal dan penyedia data hartanah SRX

99 Group yang mengendalikan beberapa jenama wadah hartanah Asia Tenggara termasuk 99.co, telah memperolehi portal hartanah Bursa Hartanah Singapura (SRX).

Anggaran Waktu Membaca:
99 Group peroleh portal dan penyedia data hartanah SRX

Gambar fail flat HDB di Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 10 Nov 2020 11:43AM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 11:46AM

SINGAPURA: 99 Group yang mengendalikan beberapa jenama wadah hartanah Asia Tenggara termasuk 99.co, telah memperolehi portal hartanah Bursa Hartanah Singapura (SRX).

Di bawah perjanjian penjualan dan pembelian yang dimuktamadkan pada Sabtu (7 Nov), 99 Group akan memperolehi semua saham di bawah StreetSine Singapore, yang mengendalikan SRX, umum syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Selasa (10 Nov).

Pemerolehan itu akan mewujudkan senarai tawaran, maklumat dan peralatan data lebih meluas, membolehkan 99 Group menawarkan kepada para pengguna dan karyawan hartanah "pakej bernilai lebih baik dan lebih berdaya saing", kata syarikat itu.

"Langkah itu meletakkan 99 Group pada kedudukan untuk menjadi peneraju pasaran di Singapura dalam jangka masa sederhana," tambah syarikat itu.

"Ini menyusuli rangka tindakan yang diguna pakai oleh syarikat itu di Indonesia, di mana ia memperolehi syarikat UrbanIndo dan bergabung dengan rumah123.com untuk menjadi wadah hartanah terbesar di Indonesia."

Kesemua kakitangan SRX akan dikekalkan, menurut 99 Group.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan