Images
  • coke
    Bertemakan 'Coca-Cola, Lebih Kemakmuran dan Lebih Keceriaan', tin minuman edisi khas boleh didapatkan di Malaysia dan Singapura. (Gambar: Coca-Cola/Facebook)

8 reka bentuk edisi khas tin Coca-Cola sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Coca-Cola Malaysia memperkenalkan lapan reka bentuk edisi khas tin minuman, yang boleh didapatkan di Malaysia dan Singapura.

Bertemakan 'Coca-Cola, More Prosperity and More Joy' atau 'Coca-Cola, Lebih Kemakmuran dan Lebih Keceriaan', reka bentuk edisi khas itu menampilkan simbol-simbol tradisional Tahun Baru Cina.

"Dalam usaha untuk menyuntik nafas baru pada simbol-simbol penting Cina ini, kami memperkenalkan lapan reka bentuk baru yang mempunyai erti budaya yang mendalam bagi masyarakat itu sejak sekian lama," kata Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu Coca-Cola Malaysia Singapura, Lim Kean Yew.

Selain itu, syarikat minuman tersebut turut menampilkan reka bentuk khas pada tin-tin minuman 'Coke Stevia' dan 'Coke No Sugar' 320ml, dengan masing-masing mengandungi kurang 35 peratus gula dan tanpa gula.

Ia sejajar dengan komitmen syarikat itu untuk menawarkan para pelanggan dengan minuman Coca-Cola yang memenuhi cita rasa, gaya hidup dan diet mereka kerana tabiat menjaga kesihatan sendiri boleh membawa tuah dalam jangka panjang. 

- BERNAMA/AI/ai

Top