Images
  • syarikaat
    60 syarikat sertai Program Bakat Bersedia untuk arena Global dengan para peserta dihantar ke luar negara selama setahun untuk menimba pengalaman bekerja.

60 syarikat perusahaan sertai program hantar bakat ke luar negara

SINGAPURA: Sebanyak 60 perusahaan tempatan menyertai program yang bertujuan untuk membantunya menghantar bakat ke luar negara.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing melancarkan Program Bakat Bersedia untuk arena Global (GRTP) itu hari ini (10 Okt).

Menurut Encik Chan, program itu juga membantu usaha pensejagatan untuk mengembangkan perusahaan dan bekalan bakat Singapura.

Contohnya, Victoria Tan, 21 tahun, seorang pelajar Politeknik Ngee Ann, sudah dua kali di hantar ke luar negara untuk program menimba pengalaman bekerja.

Peluang itu, katanya, membuka ruang baginya meraih tawaran untuk syarikatnya di peringkat antarabangsa.

Encik Chan berkata membina kemahiran dan pengetahuan antarabangsa adalah salah satu matlamat program tersebut.

"Apabila kita mereka program ini, kita juga menilai program-program lain di negara-negara yang juga menggalakkan program sebegini, kerana ini satu persaingan.

"Kita tidak berselindung mengenai hal ini. Ia adalah satu persaingan untuk melihat siapa yang boleh mengasah bakat mereka untuk menjadi yang terbaik dan siapa yang boleh membantu bakat tempatan mereka bekerjasama dengan bakat-bakat berbilang negara untuk membina pasukan-pasukan yang bersaing di peringkat global," kata Encik Chan.

Program tersebut terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama, bagi para pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik dan Universiti tempatan.

Yang kedua pula, iaitu program bersekutu pengurusan, adalah untuk siswazah baru atau mereka yang mempunyai pengalaman bekerja tiga tahun.

Mereka akan dihantar ke luar negara selama setahun.

Enterprise Singapore akan menyediakan sokongan dana 70 peratus setahun bagi para peserta.

Pemerintah menyasarkan 5,000 tempat di bawah program tersebut bagi lima tahun akan datang.

- CNA/MM/ai

Top