Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

60 firma S'pura tembusi pasaran Belanda

Lebih 60 syarikat Singapura kini bertapak di negara Belanda, iaitu destinasi pelaburan Eropah terbesar bagi negara ini, dengan pelaburan bernilai lebih daripada S$100 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 09:13PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:17PM

SINGAPURA: Lebih 60 syarikat Singapura kini bertapak di negara Belanda, iaitu destinasi pelaburan Eropah terbesar bagi negara ini, dengan pelaburan bernilai lebih daripada S$100 bilion.

Perusahaan-perusahaan marin luar pesisir dan logistik membentuk sebahagian besar syarikat-syarikat Singapura di negara Belanda.

Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menyatakan perjanjian-perjanjian yang dimeterai baru-baru ini boleh merintis jalan bagi lebih banyak firma Singapura memasuki pasaran Belanda.

Syarikat-syarikat yang beroperasi di bandar pelabuhan Rotterdam misalnya mengakui bahawa dasar properniagaan Belanda memudahkan lagi syarikat-syarikat Singapura mengembangkan perniagaan di negara itu.

Industri-industri baru yang boleh diterokai adalah dalam bidang teknologi dan pembangunan mampan.

Menurut persekutuan itu lagi, Perjanjian Dagangan Bebas Kesatuan Eropah-Singapura yang dimeterai pada Oktober lalu memberi isyarat kuat bahawa Belanda komited untuk berurusan dengan firma-firma Singapura.

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan