Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

500 jawatan kosong ditawarkan portal geran dan pekerjaan baru Persatuan FinTech S'pura

Persatuan FinTech Singapura melancarkan sebuah portal geran dan pekerjaan baru,dengan lebih 500 tempat kosong bagi peluang latihan sambil bekerja dan pekerjaan sepenuh masa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2020 07:06PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 10:52PM

SINGAPURA: Persatuan FinTech Singapura melancarkan sebuah portal geran dan pekerjaan baru, dengan lebih 500 tempat kosong bagi peluang latihan sambil bekerja dan pekerjaan sepenuh masa.

Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah yang berada di pelancaran tersebut hari ini (20 Jul) menekankan pentingnya teknologi kewangan dalam mempercepat transformasi digital agar perniagaan-perniagaan dapat bertakat dalam era selepas pandemik COVID-19 yang disifatkan beliau sebagai "peluang sekali dalam satu generasi".

Portal baru itu turut menampilkan pilihan latihan dalam sektor kewangan digital yang termasuk dalam program-program Latihan dan Kemahiran SGUnited.

Dengan usaha memanfaatkan proses digital bagi pengguna dan perniagaan sepanjang lima tahun dipercepatkan dalam masa lapan minggu semasa COVID-19 menular, Cik Indranee berkata kedudukan Singapura sebagai hab teknologi kewangan dunia membantu mempercepatkan proses tersebut.

Menurutnya, pemerintah akan kekal komited untuk bekerjasama dengan persatuan fintech serta institusi-institusi kewangan bagi menyokong inovasi sedang ia kian mendapat perhatian di Singapura. 

Individu yang berminat boleh mengunjungi portal tersebut di pautan: https://jobs.singaporefintech.org/.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan