Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

30,000 individu bekerja sendiri manfaatkan syarat-syarat kontrak perikatan tiga pihak

Hampir 500 syarikat sudah mengamalkan Piawai Perikatan Tiga Pihak bagi Menggajikan Golongan Bekerja Sendiri sejak ia dilancarkan pada Mac tahun lalu, memanfaatkan sekitar 30,000 individu yang bekerja sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2019 10:51PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 10:54PM

SINGAPURA: Hampir 500 syarikat sudah mengamalkan Piawai Perikatan Tiga Pihak bagi Menggajikan Golongan Bekerja Sendiri sejak ia dilancarkan pada Mac tahun lalu.

Piawai itu memberi manfaat kepada sekitar 30,000 individu yang bekerja sendiri.

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo memberi perkembangan itu semasa melawat sebuah agensi bidang kreatif pada Sabtu (16 Feb).

Piawai tiga pihak itu bertujuan memperbaiki syarat-syarat kontrak dengan menjelaskan tanggungjawab antara pihak majikan dengan pekerja bebas.

Ini bagi mengelakkan berlaku pertikaian yang boleh menjejas tumpuan anggota profesional bidang kreatif terhadap projek kendalian mereka.

Menurut Cik Teo daya kreativiti manusia akan menjadi lebih penting dalam corak pekerjaan masa hadapan.

Sehubungan dengan itu para karyawan bidang kreatif juga akan memainkan peranan yang lebih besar.

Oleh itu Cik Teo menggesa agar usaha dilakukan bagi memahami cara golongan karyawan bidang kreatif, bekerja.

Sumber : CNA/HZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan