Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

3 syarikat S'pura meterai 4 MOU, rebut peluang pertumbuhan Sri Lanka

Syarikat-syarikat Singapura sedang memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di Sri Lanka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2018 03:30PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 09:10PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura sedang memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di Sri Lanka.

Tiga buah syarikat menandatangani empat perjanjian baru dengan perusahaan Sri Lanka dalam bidang seperti pelayanan, makanan dan minuman (F&B) dan binaan.

Perjanjian-perjanjian tersebut dimeterai di Forum Perniagaan Sri Lanka-Singapura di Colombo hari ini (24 Jan).

Ia dimeterai sehari setelah perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara ditandatangani, bagi mempertingkat perdagangan dua hala.

Perjanjian baru itu termasuk kumpulan pelayanan HPL Hotel & Resorts yang akan bekerjasama dengan Bank of Ceylon untuk membangunkan dan mengendalikan hotel ikonik Grand Oriental.

Syarikat SME Food Studio pula akan membangunkan pusat makanan di dua pusat beli-belah di Colombo.

Dengan ekonomi bernilai S$107.5 bilion pada tahun 2016, Sri Lanka menyasarkan pertumbuhan lima peratus tahun ini - antara yang paling pesat di Asia.

Sri Lanka dilihat sebagai batu loncatan untuk menembusi pasaran Asia Selatan, dengan lokasinya yang strategik.

Syarikat-syarikat Singapura yang sudah berjaya di Sri Lanka termasuk Prima, yang memiliki kilang tepung paling besar di Sri Lanka serta Shing Kwan Group, yang membangunkan bangunan ikonik Pusat Perdagangan Dunia di Colombo.

Lebih 20 syarikat Singapura dari industri seperti hartanah, prasarana dan logistik menghadiri forum tersebut.

Mereka juga bertemu para wakil daripada syarikat-syarikat Sri Lanka dan berbincang mengenai kemungkinan menjalin kerjasama.

"Apa yang perlu diketahui adalah perusahaan-perusahaan kita yang lebih besar juga sedang meneroka peluang-peluang dalam pelbagai sektor di sini. Syarikat SME juga sudah mula aktif dan mencari peluang-peluang baru dan sebahagian MOU ini mencerminkannya.

"Jadi, saya rasa ini penting kerana ia sejajar dengan mesej kita di Singapura iaitu untuk perniagaan-perniagaan kita menebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dan mencari peluang dalam pasaran baru," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan