Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

3 syarikat buat bidaan untuk kendalikan Singapore Expo

 Buat julung-julung kali dalam sejarah 20 tahunnya, Singapore Expo mungkin diuruskan oleh pengendali yang berlainan sekiranya SingEx tewas dalam bidaan terkini yang disertai dua lagi pesaing baru.

Anggaran Waktu Membaca:
3 syarikat buat bidaan untuk kendalikan Singapore Expo

Gambar: Singapore Expo/Facebook

Diterbitkan : 21 Feb 2018 10:20PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:40PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kali dalam sejarah 20 tahunnya, Singapore Expo mungkin diuruskan oleh pengendali yang berlainan sekiranya SingEx tewas dalam bidaan terkini yang disertai dua lagi pesaing baru.

Tender bagi mengendalikan ruang tersebut dilancarkan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 6 Disember tahun lalu dan tiga syarikat termasuk SingEx sudahpun menyerahkan bidaan mereka, menurut portal pemerolehan pemerintah, GeBIZ.

Kedua-dua pesaing baru itu masing-masing meletakkan bidaan S$60 juta iaitu lebih tinggi berbanding bidaan SingEx yang kini hanya S$50 juta.

SingEx yang dimiliki syarikat pelaburan negara, Temasek, sudahpun mengendalikan ruang yang terletak di bahagian timur negara ini sejak ia dibuka pada 1999.

Menurut GeBIZ, pesaing pertamanya adalah Futuristic Store Fixtures iaitu sebuah syarikat yang pakar dalam lekapan gerai-gerai dan pernah berkhidmat untuk klien peruncitan global seperti Victoria's Secret, L'Occitane serta merupakan anggota V3 Group milik pengasas OSIM, Ron Sim.

Pesaing keduanya pula adalah Unusual Development iaitu sebuah anak syarikat media, mm2 Asia.

Mediacorp difahamkan bahawa Futuristic Store Fixtures akan bekerjasama dengan AEG iaitu penyedia sukan dan hiburan yang memiliki, mengendali dan berkhidmat untuk sesetengah kemudahan paling berjaya di dunia.

Selain itu, Mediacorp juga difahamkan bahawa syarikat-syarikat yang membuat bidaan sudah menandatangani perjanjian yang tidak membenarkan ia berkongsi keterangan terperinci tentang tender ataupun rancangannya.

Selain harga bidaan, tender pemerintah juga menimbangkan kriteria-kriteria seperti rekod syarikat tersebut dan visi, arah serta strateginya dalam menjalankan projek tersebut.

Meskipun STB tidak mengemukakan tarikh keputusan bidaan, penerima tender itu akan mengambil alih mulai 1 Januari 2019.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan