Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

250,000 iklan kerja dimuat naik Jobs Bank tahun lalu

Memandangkan para majikan tidak dapat mengemas kini hasil iklan kerja mereka, MOM belum lagi dapat mengumpul kesemua kerja yang berjaya dipadankan oleh Jobs Bank atau MyCareersFuture, kata Cik Teo.

Anggaran Waktu Membaca:
250,000 iklan kerja dimuat naik Jobs Bank tahun lalu

(Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 04:40PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 12:09AM

SINGAPURA: Hampir 250,000 iklan kerja daripada 20,000 majikan dimuat naik ke pasaran pekerjaan online nasional tahun lalu. Ini menurut Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo di Parlimen pada Selasa (10 Jul).

Jawatan-jawatan tersebut menerima lebih dua juta permohonan daripada pemohon kerja tempatan, kata Cik Teo.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan-pertanyaan di Parlimen daripada Anggota Parlimen Desmond Choo dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leon Perera mengenai kadar pemadanan kerja di portal pekerjaan online, MyCareersFuture.

Encik Choo juga bertanya sama ada terdapat versi platform yang sama dalam bahasa ibunda untuk membantu pemohon kerja yang lebih tua dan jika ada rancangan untuk menambah pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat kecil.

MyCareersFuture, yang dahulunya dikenali sebagai Jobs Bank, mula berfungsi sebagai portal pekerjaan pemerintah pada tahun 2013. Ia memerlukan firma-firma yang membuat permohonan bagi Pas Kerja untuk mengiklankan jawatan kosong kepada rakyat Singapura terlebih dahulu supaya mematuhi Garis Panduan Tiga Pihak berhubung Amalan Pekerjaan Yang Adil.

Sejak itu, jumlah iklan sedemikian semakin berkurangan dalam kalangan jawatan kosong yang ditawarkan.

"Ia menunjukkan kepada kami bahawa para majikan mendapati ia berguna untuk menyiarkan pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka tidak perlu lakukan di bawah Rangka Kerja Pertimbangan Yang Adil," katanya.

Menurut Cik Teo lagi, ia sudah mencatat "pencapaian yang agak baik" berbanding portal kerja lain.

Memandangkan para majikan tidak dapat mengemas kini hasil iklan kerja mereka, MOM belum lagi dapat mengumpul kesemua kerja yang berjaya dipadankan oleh Jobs Bank atau MyCareersFuture, kata Cik Teo.

Ia sedang mencari cara-cara yang lebih baik untuk menilai keberkesanan MyCareersFuture berhubung proses pemadanan pekerjaan, seperti kadar kejayaan menggunakan data pentadbiran.

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) membentuk lebih 60 peratus daripada iklan pekerjaan dalam Jobs Bank pada 2017. MOM menjangkakan jumlah yang serupa bagi MyCareersFuture, kata Cik Teo.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan