Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

22 rakyat S'pura antara Hartawan Forbes' 2019

Seramai 22 rakyat Singapura adalah dalam kalangan "individu paling mewah di dunia" oleh majalah Forbes pada Selasa (5 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
22 rakyat S'pura antara Hartawan Forbes' 2019

22 rakyat Singapura antara Hartawan Forbes' 2019. (Gambar: Forbes)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 02:20PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 02:25PM

SINGAPURA: Seramai 22 rakyat Singapura adalah dalam kalangan "individu paling mewah di dunia" oleh majalah Forbes pada Selasa (5 Mac).

Hartawan rakyat Singapura yang turut tersenarai pada 2019 termasuk pengerusi rangkaian restoran Haidilao, Zhang Yong, yang disifatkan sebagai "tokoh restoran paling kaya di China" dengan nilai bersihnya dianggarkan AS$6.8 bilion (S$9.24 bilion). Encik Zhang menduduki tangga ke-224 dalam senarai berkenaan.

Rangkaian restoran itu meraih hasil penjualan bernilai AS$10.4 bilion (S$14.1 bilion) daripada lebih 300 restoran di China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

Hartawan lain dalam senarai itu adalah sepasang adik-beradik - Robert dan Philip Ng - yang menduduki tangga ke-112 dengan nilai bersih AS$12 bilion (S$16 bilion) dan hartawan syarikat pengilang cat, Goh Cheng Liang, yang menduduki tangga ke-203 dengan nilai bersih AS$7.2 bilion (S$9.8 bilion).

Pengasas United Overseas Bank Wee Cho Yaw menduduki tangga ke-267 dengan nilai bersih AS$6.1 bilion (S$8.3 bilion). Adik-beradik lelaki Kwee pula menduduki tangga ke-311 dengan nilai bersih AS$5.6 bilion (S$7.6 bilion) dan pemilik kelab bola sepak Valencia Peter Lim dengan nilai bersih AS$2.5 bilion (S$3.4 bilion).

Menurut Forbes, Asia Pasifik melahirkan jumlah terbesar hartawan. Lelaki paling kaya ialah rakyat India, Mukesh Ambani. Beliau menduduki tangga ke-13 dengan nilai bersih AS$50 bilion (S$68 bilion). CEO Tencent, Ma Huateng, dari China pula menduduki tangga ke-20.

Seramai 2,153 hartawan disenaraikan tahun ini, berbanding 2,208 hartawan pada 2018.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan