Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

200 syarikat mohon skim sementara bawa pekerja binaan dari China

Sekitar 200 syarikat di negara ini telah membuat permohonan di bawah satu skim sementara untuk membawa masuk pekerja binaan dari China sebelum menerima pengesahan tentang kemahiran mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
200 syarikat mohon skim sementara bawa pekerja binaan dari China

Tempat pemegang dan tanda-tanda memisahkan zon pekerjaan berbeza di tapak binaan di Sembawang. (Gambar: Cheryl Lin)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 05:48PM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 05:51PM

SINGAPURA: Sekitar 200 syarikat di negara ini telah membuat permohonan di bawah satu skim sementara untuk membawa masuk pekerja binaan dari China sebelum menerima pengesahan tentang kemahiran mereka.

Skim itu dilancarkan pada 7 Mei lalu bagi memenuhi permintaan tenaga kerja.

Sejauh ini 1,300 pekerja sudah dibawa masuk menerusi skim itu tetapi jumlahnya belum mencukupi.

Meskipun kekurangan tenaga kerja binaan sekarang agak meruncing, kebanyakan syarikat belum memanfaatkan skim itu yang dibuka sehingga 6 November.

Disebabkan pandemik COVID-19, Singapura tidak lagi membenarkan pekerja baru dari luar negara kecuali segelintir negara dianggap berisiko lebih rendah seperti China.

Namun, prosesnya memerlukan masa sehingga empat minggu.

Soal kos juga menjadi salah satu hambatan.

Para majikan perlu membayar purata sekitar S$1,000 bagi ujian setiap kemahiran.

Di samping itu ada pekerja baru yang meminta gaji lebih tinggi.

Jumlah keseluruhan pekerja asing dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan menjunam hampir 60,000 dari 370,000 pada 2019 kepada 311,000 pada 2020.

Ia juga merupakan bilangan terendah dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan