Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

2 kondominium dekat Orchard Road cuba dijual secara en bloc sekali lagi

Dua bangunan kondominium pegangan kekal berhampiran kawasan Orchard Road akan membuat satu lagi percubaan untuk dijual secara berkelompok (en bloc), menurut Colliers International pada Isnin (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
2 kondominium dekat Orchard Road cuba dijual secara en bloc sekali lagi

Grange Heights (kiri) dan Cairnhill Astoria (kanan). (Gambar: Colliers International)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 02:46PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 02:51PM

SINGAPURA: Dua bangunan kondominium pegangan kekal berhampiran kawasan Orchard Road akan membuat satu lagi percubaan untuk dijual secara berkelompok (en bloc), menurut Colliers International pada Isnin (17 Sep).

Grange Heights di St Thomas Walk akan dijual pada harga S$820 juta, manakala Cairnhill Astoria akan dipasarkan pada harga S$196 juta.

Ini adalah percubaan kedua bagi penjualan sedemikian oleh pemilik Grange Heights.

Bergantung kepada saiz hartanah masing-masing, setiap pemilik boleh menerima antara S$5.24 juta hingga S$10.76 juta daripada hasil penjualan itu, menurut Colliers.

Harga tempahan adalah S$1,948 kaki persegi bagi setiap plot setelah mengambil kira 10 peratus ruang luas lantai balkoni. Tiada caj pembangunan yang perlu dibayar untuk penggunaan tapak tersebut.

Dibina pada pertengahan 1970-an, Grange Heights terdiri daripada 114 apartmen dan maisonette serta enam penthouse dengan saiz antara 1,884 kaki persegi hingga 4,575 kaki persegi. Tapak tersebut diperuntukkan sebagai kawasan kediaman dan mempunyai nisbah plot kasar 2.8 di bawah Pelan Induk 2014.

Tapak baru yang dibangunkan semula itu akan mempunyai ruang luas lantai kasar 420,964 kaki persegi dan boleh menampung bangunan setinggi 36 tingkat. Ia boleh menempatkan 388 unit baru pada saiz purata 1,033 kaki persegi setiap satu, menurut Colliers.

Tender untuk Grange Heights akan ditutup pada jam 3.00 petang pada 29 Oktober.

Penjualan en bloc bagi Cairnhill Astoria di Cairnhill Rise akan dilancarkan semula setelah ia pertama kali dipasarkan pada 17 Mei.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan