Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

2 daripada setiap 3 SME mungkin manfaatkan bayaran elektronik jelang 2023

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura nampaknya semakin terbuka kepada khidmat pembayaran elektronik, dengan dua daripada setiap tiga syarikat yang ditinjau oleh OCBC Bank menyatakan bahawa ia mungkin akan memanfaatkan khidmat itu sepenuhnya menjelang 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
2 daripada setiap 3 SME mungkin manfaatkan bayaran elektronik jelang 2023

Kemudahan deposit cek. (Gambar: Wendy Wong)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 03:06PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 03:11PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura nampaknya semakin terbuka kepada khidmat pembayaran elektronik, dengan dua daripada setiap tiga syarikat yang ditinjau oleh OCBC Bank menyatakan bahawa ia mungkin akan memanfaatkan khidmat itu sepenuhnya menjelang 2023.

Malah, lebih 45 peratus daripada 200 SME yang ditinjau menyatakan mereka akan memanfaatkan khidmat tersebut, termasuk tidak lagi mengeluarkan cek, seawal 2020.

OCBC, yang mendedahkan hasil tinjauan itu pada Jumaat (10 Ogos), menyatakan bahawa ini satu perkembangan baik dalam peralihan ke sistem pembayaran elektronik di Singapura.

Sasarannya adalah untuk menjadikan Singapura bebas cek menjelang 2025, dan menghadkan pengeluaran wang tunai dari mesin-mesin ATM pada hanya 20 peratus nilai urus niaga bayaran elektronik menjelang 2020, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di jamuan malam sempena ulang tahun Persatuan Bank-Bank Singapura (ABS) yang ke-45 pada bulan Jun.

Menurut OCBC, khidmat PayNow yang bakal dilancarkan bagi perniagaan-perniagaan pada 13 Ogos ini adalah penting dalam memenuhi matlamat tersebut dan ia juga sudahpun menerima "sambutan yang memberangsangkan".

Sejak April, sembilan daripada setiap 10 pelanggan baru sudahpun melakukan pendaftaran awal bagi khidmat tersebut.

Antara sebab-sebab pelanggan membuat pendaftaran awal termasuk kemudahan membuat bayaran tanpa memerlukan nombor akaun bank penerima dan bayaran yang dapat dibuat dengan serta merta, yang boleh mempertingkatkan aliran wang tunai.

Menurut tinjauan, lebih suku daripada syarikat-syarikat SME itu mendapati bahawa khidmat PayNow mungkin amat berguna bagi perniagaan-perniagaan mereka.

"Usaha melaksanakan khidmat pembayaran elektronik di Singapura sejauh ini tertumpu kepada para pengguna iaitu dengan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk melalukan bayaran elektronik serta mendidik mereka mengenai manfaatnya. Namun untuk khidmat itu digunakan secara lebih meluas, ia harus dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat," kata Ketua Perbankan Urusniaga Sedunia OCBC, Melvyn Low.

"Berdasarkan maklum balas yang kukuh yang ditunjukkan oleh para pelanggan kami terhadap khidmat PayNow, kami yakin akan terdapat pengurangan yang ketara dalam penggunaan wang tunai dan cek," tambah beliau. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan