Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

19 firma S’pura sertai pameran perdagangan terbesar di dunia

Sebanyak 19 syarikat Singapura akan mempamerkan idea dan produk terbaru masing-masing di Hannover Messe, iaitu pameran perdagangan bagi teknologi perindustrian yang terbesar di dunia yang diadakan di Hannover, Jerman dari hari ini (23 Apr) hingga Jumaat (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
19 firma S’pura sertai pameran perdagangan terbesar di dunia

Gambar: Hannover Messe/Facebook

Diterbitkan : 23 Apr 2018 09:15AM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 01:28PM

HANNOVER: Sebanyak 19 syarikat Singapura akan mempamerkan idea dan produk terbaru masing-masing di Hannover Messe, iaitu pameran perdagangan bagi teknologi perindustrian yang terbesar di dunia yang diadakan di Hannover, Jerman dari hari ini (23 Apr) hingga Jumaat (27 Apr).

Syarikat-syarikat tersebut termasuk Singapore Technologies Kinetics, pembekal peralatan automasi Pixel Automation, Sanwa Group dan penyedia khidmat cetakan 3D Creatz3D.

Pameran itu menawarkan platform bagi syarikat-syarikat berkenaan untuk bekerjasama dan membina rangkaian dengan pemain utama dalam industri itu.

Acara tersebut dijangka menarik lebih 250,000 pengunjung tahun ini, dengan edisi Hannover Messe tahun lalu dihadiri 200,000 pengunjung dari lebih 70 negara.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Industri) S Iswaran akan memimpin delegasi yang terdiri daripada lebih 20 perusahaan Singapura untuk mengunjungi pameran itu termasuk peserta-peserta Singapura dari 23 hingga 25 April. Beliau akan diiringi oleh para pegawai dari kementerian tersebut, Kementerian Ehwal Luar dan agensi ekonomi yang lain.

Encik Iswaran juga akan berucap di dua forum – Forum Perniagaan Jerman-Singapura dan Forum ASEAN 2018 – di mana beliau akan membincangkan bagaimana firma-firma global boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat Singapura untuk mengakses peluang di ASEAN.

Beliau juga akan menggalak kerjasama antara perusahaan Jerman dengan Singapura.

Selain itu, Encik Iswaran juga akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Enterprise Singapore dengan German Accelerator iaitu program pemacu pertumbuhan bagi syarikat-syarikat pemula Jerman.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan